 |
 |
 |
 |
 |
|
Wednesday, January 04, 2006
Jika dalam jiwa ada sesuatu....
bagaimana mungkin dapat meninggalkan sesuatu itu
kerana jiwa dibawa bersamanya.
Dalam jiwa ada seni...
bagaimana seni dapat dibuang dari diri
kerana jiwaku hidup dengannya.
Dalam jiwa ada kasih...
walaupun mereka semua tidak mengerti
jiwaku tidak dapat melepaskannya
kerana jiwa ini mula mengerti tentang hidup dengannya.
Dalam jiwa ada iman...
walau banyaknya dugaan diharungi
jiwa tetap yakin, percaya, penuh harapan
pada Allah Rabb yang Maha Agung
kerana Dialah yang mengurniakan jiwa ini...
besarnya kurnia Tuhan.
Posted at 03:10 pm by zaytuna
Permalink
Saturday, September 03, 2005
sajak ni daripada email...copy and paste it here.
KAWAN AKHIR ZAMAN
Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah...
Kawan di akhir zaman... .
Kawan di akhir zaman ini,payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat,
Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidupnya lebih berat dari berat Ibadah dan amal terasa amat berat.
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat
Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.
Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan.
Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh... .
Sabda RasuluLlah SAW;
"Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya... "
Posted at 09:22 am by zaytuna
Permalink
Tuesday, August 02, 2005
Extended Release Form
Teknologi farmaseutik adalah teknologi yang paling lambat berkembang dibandingkan dengan teknologi ICT, namun begitu banyak pengajaran yang dapat diambil daripadanya (al-Mutawassimin, 15:74-75). Antaranya ialah penyampaian drug ke dalam tubuh badan yang sangat penting yang perlu mengambil kira pelbagai faktor. Penyampaian drug dapat dilakukan dengan pelbagai cara seperti intraperitonial (perut), intravena (saluran darah vena), intramuscular (otot), sublingual (bawah lidah), oral (melalui mulut seperti ampaian, emulsi, cecair, tablet dan kapsul), transdermal (melalui kulit) dan pelbagai cara lagi. Antara yang menarik yang dapat dikaitkan dengan Pemikiran Sistemik secara terus ialah penyampaian drug dalam bentuk extended release form.
Extended Release Form merupakan salah satu cara penyampaian drug yang melalui proses pengubahsuaian untuk membolehkannya memenuhi keperluan farmakokinetik (administratation, distribution, metabolism dan excretion) dan terapuetik dengan lebih baik. Extended release form boleh didapati dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah coated tablet, skin patch, sediaan mata, dan pelbagai jenis lagi. Walaupun sediaan-sediaan ini menggunakan teknologi dan mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri, namun terdapat persamaan iaitu menggunakan konsep masa lengah dan mempunyai system yang tersendiri. Sistem ini pada asasnya ingin menerangkan kepada pembaca mengenai kepentingan pembebasan drug daripada tablet secara perlahan, mempunyai kadar yang tetap dan pada tempat yang betul (sama ada medium beralkali atau berasid) yang memberikan kita banyak pengajaran dalam menjalani kehidupan.
Di sini hanya akan dikongsikan satu jenis sediaan sahaja iaitu Osmotic Pressure Drug Delivery ataupun penyampaian drug melalui tekanan osmotic. Sediaan ini terdiri daripada dua bentuk iaitu Elementary Osmotic Pump dan Push-pull Osmotic Pumps (PPOP). Penulis akan lebih menekankan PPOP kerana ia menggunakan agen osmotic yang banyak membantu dalam proses pengeluaran drug selain bantuan daripada system yang lain secara keseluruhan. System ini pertama kali diperkenalkan oleh ALZA Corporation yang dikenali sabagai Oros System yang telah pun dipatenkan. System ini (PPOP) mempunyai criterianya yang tersendiri iaitu mempunyai semipermeable membrane yang menyaluti tablet tersebut, mempunyai orifice/lubang kecil yang digerudi dengan menggunakan laser, terdapat dua lapisan di dalam tablet iaitu lapisan pertama yang mengandungi drug, agen osmotic dan suspending agent manakala lapisan kedua sebagai lapisan yang akan menolak drug keluar daripada system iaitu agen osmotic dan water-swellable polymers. System PPOP pada asasnya menggunakan prinsip osmolaliti yang akan memberikan tekanan di dalam tablet yang kemudiannya akan menolak drug keluar daripada tablet secara malar ataupun pada kadar yang tetap dengan kepekatan drug yang sama. Prinsip ini adalah penting kerana dapat membolehkan pesakit tidak perlu mengambil ubat berulang kali yang dapat meningkatkan kerjasama pesakit, mengurangkan toksisiti drug kerana kepekatan drug yang meningkat dalam badan secara mendadak, meningkatkan biokeperolehan drug, mengurangkan kesan metabolisme laluan pertama, mengurangkan dos yang digunakan dan lain-lain.
Untuk mendapatkan pengajaran daripada system ini perlulah difahami terlebih dahulu mekanisme system PPOP secara umum. Tablet ini apabila dikelilingi oleh air/cecair akan menyebabkan berlaku penyerapan air melalui membrane separa telap. Membran ini hanya membenarkan air memasukinya sahaja tetapi tidak membenarkan air keluar daripadanya. Kemasukan air akan menyebabkan water-swellable polymers pada lapisan kedua mengembang bersama dengan drug pada lapisan pertama dan juga agen osmotic. Pengembangan lapisan kedua akan menyebabkan drug ditolak keluar daripada tablet melalui lubang kecil/orifice. Selain itu, tekanan osmotic di dalam tablet dan juga tekanan daripada dinding membrane separa telap yang tidak membolehkan air keluar juga akan menyebabkan drug ditolak keluar daripada tablet melalui orifice. Pengeluaran/pembebasan drug daripada tablet ini adalah malar/tetap kerana pengembangan agen-agen tadi adalah berperingkat atau mengikut kadar kemasukan air (faktor membrane separa telap). Ini membolehkan kepekatan drug di dalam badan juga dikekalkan secara malar dan mengikut kepekatan dos yang diingini.
Di sini dapat dilihat bahawa masa lengah/time delay diperlukan untuk membolehkan system ini berfungsi dengan baik. System ini tidak boleh membenarkan air memasukinya terus dan juga drug tidak boleh dikeluarkan secara serentak, iaitu memerlukan masa bagi system ini untuk berfungsi secara maksimum. Air juga perlu masuk secara peringkat demi peringkat, dan bukannya sekaligus. Firman Allah yang bermaksud:
Allah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Bagimu tidak ada seorang pun penolong mahupun pemberi syafaat selain Dia. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? (As-Sajdah, 32:4)
Keadaan ini juga menunjukkan kita bahawa sifat sabar adalah penting kerana setiap system itu berfungsi dengan cara dan proses yang tertentu untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Di dalam Al-Quran banyak disebutkan tentang sabar dan juga RasuluLLah SAW menunjukkan kepada kita contoh teladan yang banyak berkenaan sifat sabar. Antaranya firman Allah yang bermaksud :
Katakanlah, “Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman!Bertaqwalah kepada Tuhanmu.” Bagi orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu luas. Hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. (Az-Zumar, 39:10)
Di dalam kehidupan, melakukan sesuatu perlulah secara istiqamah seperti mana air tadi yang memasuki tablet secara berperingkat dan drug dikeluarkan secara konsisten dan tetap untuk mendapatkan kesan terapuetik drug yang maksimum. Sifat istiqamah adalah sifat yang sangat berkait dengan Islam, kerana iman perlu disertakan dengan amal dan beristiqamah. Sabda RasuluLLah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Dari Abi ‘Amru dan ada dikatakan pula dari Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdullah r.a katanya : Kataku, ya RasuluLLah! Katakanlah kepadaku tentang Islam satu perkataan yang tidak akan aku tanyakan lagi daripadanya akan seorang yang lain daripada engkau. Sabdanya: Katakanlah, aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
Selain itu, terdapat semipermeable membrane/membrane separa telap yang hanya membenarkan komponen air sahaja memasukinya dan tidak enzim-enzim yang lain yang banyak terdapat di dalam usus dan perut, yang boleh memusnahkan system di dalam tablet itu. Seperti juga blood brain barrier yang terdapat pada otak kita, yang hanya membenarkan cecair dan komponen tertentu memasuki otak (yang menyebabkan sesetengah drug boleh memasuki otak dan ada yang tidak dapat memasukinya). Keadaan ini adalah seperti system Islam itu sendiri, yang terjaga dengan syariat yang digariskan melalui Al-Quran dan As-Sunnah, yang membolehkan Islam tetap suci dan terpelihara namun relevan zaman demi zaman. Begitu juga system pada individu, keluarga dan masyarakat yang mempunyai barrier yang telah pun digariskan oleh Islam.
Jika dilihat kepada tekanan osmotic yang terhasil di dalam tablet yang dapat menolak keluar drug, dapat diambil pengajaran bahawa kita memerlukan daya tolakan di dalam kehidupan untuk membolehkan kita terus bergerak ke hadapan. Daya tolakan bagi manusia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, sama ada motivasi melalui keinginan sendiri, persekitaran (kesusahan hidup dll), melalui individu-individu lain dan pelbagai lagi. Namun pastinya Al-Quran itu sentiasa memberikan manusia motivasi dalam meneruskan kehidupan dengan keterangan sifat-sifat Allah, kisah umat-umat terdahulu dan bermacam hikmah yang lain.
Selain itu tekanan osmotic ini juga menerangkan kepada kita bahawa kita memerlukan tenaga untuk bergerak (seperti mana di dalam hukum fizik menerangkan bahawa setiap paras yang diduduki oleh electron mempunyai nilai tenaga tertentu dan memerlukan tenaga untuk naik ke paras yang lebih tinggi), dan apabila memperoleh tenaga kita perlu terus bergerak dengan tenaga yang ada, walaupun tenaga yang diperolehi tidak secara keseluruhan seperti mana tablet ini yang memperolehi tekanan osmotic melalui kemasukan air secara berperingkat, namun memberikan kesan terapuetik yang maksimum. Perlu diberi perhatian di sini bahawa penulis bermaksud bergerak dengan tenaga yang ada adalah dengan berstrategi, bersungguh-sungguh dan tawakkal yang tinggi kepada Allah. Perkataan ‘bergerak dengan tenaga yang tidak diperolehi secara keseluruhan’ tidaklah bermaksud ala kadar dan berserah sahaja kepada takdir.
Selain itu, pembebasan drug ini pada tempat tertentu (medium berasid atau beralkali kerana terdapat drug yang sensitive pada salah satu daripada medium ini) memberikan kita pengajaran untuk bertindak mengikut waqi’ atau keadaan semasa, seperti mana RasuluLLah SAW yang mendirikan negara Islam di Madinah, bukannya di Makkah pada zaman itu. Begitu juga kita perlu bertindak mengikut perancangan dan strategi yang terancang, seperti mana yang telah diaplikasikan lama dahulu oleh RasuluLLah SAW di dalam perang Khandak dan banyak keadaan lain, dan juga oleh para sahabat seperti Khalid Ibn Al-Walid di dalam peperangan Muktah.
Selain itu, perlu diingat dalam diri setiap mu’min akan kekuasaan Allah ke atas segala sesuatu, iaitu seperti sediaan tablet ini yang hebat dari segi teknologi (yang juga menyebabkan ia menjadi sangat mahal : p ), tetapi tidaklah akan sembuh seseorang iu melainkan dengan izin-Nya. Begitu juga dalam segenap kehidupan kita, perlu berusaha dengan sekuatnya, berdoa dengan sepenuh harapan, berkorban demi Islam, namun yang menentukan hasilnya hanyalah Allah. Kerana Dialah yang mengetahui yang terbaik, dan siapalah kita sebagai hamba untuk menentukan kesudahan sesuatu perkara. Samada kita berjaya dengan Islam, atau syahid kerana-Nya.
Inilah serba sedikit pengajaran daripada banyak pengajaran yang lain yang dapat diambil daripada sebiji sediaan tablet yang kecil sahaja, yang apabila diambil oleh manusia jarang diambil pengajaran, dan juga jarang yang bertawakkal kepada Allah ketika mengambil tablet atau ubat-ubatan lain (tawakkal kepada tablet/ubat…semoga kita dijauhkan). Semoga pembaca dan penulis mendapat kebaikan daripada penulisan ini. Segala kelemahan daripada penulisan ini adalah amat diharapkan untuk dibetulkan oleh pembaca, dan juga dimaafkan kelemahan itu. WaLLahu a’lam.
Pulau Pinang
27 Julai 2005
*Tidak dinyatakan di sini Laws yang terdapat di dalam Pemikiran Sistemik kerana penulis menganggap pembaca boleh mengklasifikannya sendiri.
Posted at 12:08 pm by zaytuna
Permalink
Friday, June 24, 2005
Time is the most valuable thing that people can spend.
Posted at 09:25 pm by zaytuna
Permalink
Saturday, June 11, 2005
Obstacles are what u see when u take ur eyes off the goal.
Posted at 09:47 pm by zaytuna
Permalink
Tuesday, May 31, 2005
Remember Just Remember
When things are down
And u are out of your mind
Remember just remember
Allah is The Kind.
When your life is in darkness
And nothing is right
Remember just remember
Through the darkness, Allah is The Light.
When your heart is breaking
And your pain makes u fall
Remember just remember
Allah Sees it all.
When times are troubled
And no one seems to care
Remember just remember
Allah won’t hurt u, He is The Fair.
When the way is cloudy
And there is no one by your side
Remember just remember
Allah is The Only Guide.
Posted at 10:30 pm by zaytuna
Permalink
Monday, May 30, 2005
Life’s battles don’t always go to the stronger or faster man,
But sooner or later…
The man who wins is the man WHO THINKS HE CAN!!!

Posted at 03:25 pm by zaytuna
Permalink
Thursday, May 26, 2005
Ku Kejar MardhotiLlah
Dikala datang menjengah mentari sepenggalah waktu dhuha,
Terdetik di sanubari hina untuk seketika bersama,
Untuk sujud kepada-Mu setelah lamanya aku leka,
Ku bingkas bangun meninggalkan urusan duniaku,
Ku berhati-hati serta tertib mengambil wudhu’ku,
Ku kibas bentang lurus sejadahku,
Ku menghadap qiblat lantas mengangkat tinggi takbirku pada-Mu
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Setelah seketika selesai ku solatkan solat dhuha,
Hati batu ini terpanggil untuk sujud semula,
Ku ringankan tubuh turuti sujud nan meminta,
Sekadar mengulangi pintaan jarang seorang hamba
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Ku pohon Kau selamatkanlah kawan, sahabatku,
Ku minta Kau bahagiakanlah antara ahli keluargaku,
Ku pinta Kau sejahterakanlah dunia-akhiratku,
Ku doa agar Kau permudahkan urusan memartabatkan agama-Mu
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Si riak Hati Hitam pun mula menyusun bicara,
Pilu mengenang jasad tuan nya tak layak ke Syurga,
Melainkan keinsafan yang dititiskan dek air Mata,
Kata-Nya mampu padamkan api pembakar jasad Neraka
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Ku sedar hina sedari mula di sisi-Mu,
Ku sedar terlalu banyak dosaku pada-Mu,
Ku sedar diri payah istiqamah di jalan-Mu,
Ku sedar takkan lama hidup atas dunia-Mu
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Sudah lama ku hidup dalam noda lagho sia-sia,
Jangan Kau ambil nyawa ini,
Melain keadaannya dalam takwa,
Jangan Kau biarkan sejuk jasad ini,
Melain kan di medan jihad fi-sabiliLlah,
Jangan Kau panggil ku kembali,
Melain kan tiada manfaat buat diri ini atas dunia
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Inilah dia di ikrarkan taubat nasuhaku,
Dengan nama Allah,
Ku tinggalkan maksiat ku lakukan persis di hadapan-Mu,
Dengan nama Allah,
Ku cuba sedaya istiqamah dalam amal ibadatku terhadap-Mu,
Dengan nama Allah,
Aku berusaha terus kekal dalam arena dakwah menyeru pentauhidan-Mu
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Moga Kau kurniakan masa depan yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan kepada ummah,
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Moga Kau kurniakan tempat yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan kepada ummah,
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Moga Kau kurniakan peranan yang baik bagi ku untuk dimanfaatkan kepada ummah,
Tiada lain yang ku kejar melainkan redha-Mu
Moga kau sampaikan jua ku ke destinasi…
kekal abadi dengan redha-Mu
31hbMei2004
MQBH
Posted at 03:19 am by zaytuna
Permalink
Tuesday, May 24, 2005
Transformer (Adabul Ikhtilaf)
Oleh: Faridul Farhan Abd Wahab, B.Eng(Hons) Electrical Eng.
Sebuah transformer -transformer tiga fasa terutamanya- digunakan untuk menjana dan mengalirkan tenaga elektrik dalam nada yang banyak.1 Hasilnya, sesuatu sistem berkemungkinan mengandungi lima kali lganda nilai kVA yang diinstallkan oleh transformer, berbanding yang dibekalkan oleh generator.2 Hal ini menjadikan transformer, dan “ahli keluarganya”, antara komponen terpenting di dalam proses penjanaan tenaga elektrik.
Adapun transformer, bila ditekuni “nasab keturunannya”, terbahagi pula kepada beberapa jenis. Antara yang terpenting dan sering hadir dalam tugas-tugasan keelektrikan ialah Step-up transformer, berperanan meng”agung”kan lagi tenaga elektrik itu, kepada tahap yang cukup “menggemparkan”, sedang ada pula step-down transformer, berperanan men”tawadhuk”kan tenaga elekrik yang semakin “menyombong” itu.
Cuba perhatikan kisah ini. Walaupun kedua-dua jenis transformer tersebut, bukan sahaja mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berlainan bahkan berlawanan, tetapi tetap saja mereka hidup harmoni di bawah kategori dan panggilaan sertaan sapaan sebagai “transformer”. Sedangkan manusia, andainya mahu belajar daripada kisah sang transformer, tentunya tidak akan berpecah dan saling bermusuh seperti yang terjadi kini. Barangkali komponen statik bernama transformer itu lebih menghayati pesanan ALLAH yang disebut berulang kali di dalam al-Quran, “Sesungguhnya kamu merupakan umat yang satu…” sehingga kelihatan seakan-akan tiada perbezaan di kalangan para “penganut” fahaman transformer, kecuali bila dilakukan kajian lebih mendalam. Dek kerana itulah, Yusuf al-Qaradhawi di dalam Fiqh Ikhtilafnya merumuskan satu penawar kepada perpecahan dan pertelagahan: carilah persamaan di antara kamu, dan jauhilah hal-hal yang bisa membezakan kamu!
Inilah rahsianya ajaran Ilahi ketika Rabb Yang Maha Agung merumuskan formula dalam menjalin kesefahaman bahkan kepada ahli kitab: “Katakanlah; Wahai ahli Kitab! Marilah kepada satu kalimat/ketetapan yang sama/ tiada perbezaan antara kami dan kamu…” (ali Imran:64) Kerana perbezaan, selagi tidak menyangkut masalah pokok (baca:aqidah) haruslah di”tenggelamkan” buat sementara waktu, tambahan pula dalam kondisi umat yang terus dibantai oleh musuh. (Secara terangan-terangan) bermula dengan Yahudi di Palestin, Kristian (baca:Amerika), Hindu di Kashmir, kini tiba giliran Buddha di Selatan Thailand. Andainya umat lebih menumpukan isu-isu sebegini, tentunya persefahaman, kesepakatan dan perpaduan antara umat Islam mampu dicapai. Semaklah seenandung Syauqi, penyair terkenal. “Musibah..” seperti kata penyair Syauqi, “..selalu merukunkan orang-orang yang terkena musibah”3
Dan bukan itu sahaja pelajaran yang bisa diraih dari kisang “keluarga” sang transformer. Semangat membara yang dikandung oleh step-up transformer, sehingga mampu meledakkan “tenaga elektrik” umat ke satu nilai yang tinggi, harus dicontohi oleh kita semua. Kerana kebangkitan dan kesedaran ini, harus dijanakan oleh suatu keazaman dan keteguhan yang dikandung oleh insan-insan berjiwa “step-up transformer”. Inilah erti kisah kebangkitan umat. Dan “step-up” ini (baca:kebangkitan) diperoleh melalui amal jama’i. Ertinya, sebagaimana essentialnya step-up transformer di awal kisah penjanaan tenaga elektik dari power plant, maka sebegitu pentinglah juga amal jama’I untuk memulakan kisah kebangkitan umat. “Hendaklah ada di kalangan kamu segolongan umat menyeru kepada kebaikan, beramar makruf dan nahi munkar..” (ali Imran:104). Bukankah mukminin dan mukminat itu saling bahu membahu antara satu sama lain ?(atTaubah:71)
Tetapi kepetahan dan kelancaran aliran elektrik ini, terkadang perlu disabarkan dan ditawadhukkan oleh step-down transformer. Kerana tanpa kehadirannya di hujung sambungan rangkain sistem elektrik, tepatnya di bahagian distribution (pengagihan), akan menyebabkan sumber tenaga yang hendak disampaikan, bukan membawa natijah kemanfaatan, tetapi sebaliknya membakar pengguna akibat keterlebihan. Di sinilah peranannya syura. Kerana syura, betapa lemah pun ia, tetap sahaja lebih barakah berbanding keputusan yang diambil sendiri-sendiri. Itulah sebabnya oleh ulama’ silam, dirumuskan bahawa “salah dalam bersyura lebih baik berbanding benar dalam bersendirian.” Dan seorang atau sekumpulan mukmin yang sedang menggelegak semangat perjuangan di dalam dirinya, atau berombak lautan kesungguhannya, atau berMega voltan pengorbanannya, hanya ketawadhukkan yang bisa menundukkan ia untuk patuh kepada keputusan syura.
Itulah sebabnya ulama’ dakwah mengatakan, bahawa barisan “pemain” di dalam perjuangan ini haruslah ditopang oleh dua unsur: Hikmatus syuyukh wa hamasatusy syabab. Pengalaman orang-orang tua, diadun dengan semnagat orang-orang muda. Kenapa perlu kedua unsur ini. Kerana pemuda, yang ibarat step-up transformer, dipenuhi kesungguhan, keutuhan dan keteguhan semangat, yang bisa memastikan berterusan (istimrariyah) perjuangan suci ini. Sedang orang tua, dengan pengalaman-pengalamannya, dengan fungsi step-down transformernya, lebih matang sehingga lebih mengerti erti kesabaran, dan mampu mengajar anak-anak muda yang sedang menggelora keazamannya erti ketawadhukkan. Inilah yang diperlukan untuk menjaga ashalah (keaslian) dakwah ini. Kerana tabiat jalan dakwah, ia tak mungkin berbuah dalam masa yang singkat. Rasakan saja antara mee segera dengan mee di warong mamak, mana sama keenakkannya, tidak selari harga keduanya.
Maka inilah sifat “transformer kehidupan”. Semangat dan keazaman yang membara yang dihasilkan oleh step-up transformer bersifat kepahlawanan. Sedang kesabaran dan ketawadhukkan yang disifatkan oleh step-down transformer lebih bersifar pembelaan. Keduanya perlu kerana dalam seni mempertahankan diri, menyerang dan menangkis sama pentingnya.
Adapun banyak yang boleh dipelajari daripada “komponen” kehidupan. Ataupun “sistem kuasa” kehidupan. Dan TNBlah yang harus banyak belajar, supaya tidak berlaku lagi kecurian batang besi pada menara elektriknya di masa hadapan.
“Engineer di siang hari, murabbi di malam hari, da’I sepanjang hari”
RUJUKAN
1 P.C Sen, “Principles of Electric Machines and Power Electronics”, John Wiley & Sons 1997, m/s 69
2 Hadi Saadat, “Power System Analysis”, McGraw Hill 1999, m/s 64
3 Syair dipetik dari buku Umar Tilmisani, “Dzikrayaat Laa Mudzakiraat”
Posted at 05:43 pm by zaytuna
Permalink
Monday, May 23, 2005
Ibu larang anak memakai jilbab (Purdah)
Kisah tentang larangan jilbab bagi anak muda
Seorang pemuda baru sahaja pulang kerumah. Ia sendirian di
biliknya melepas lelah sambil menatap langit yang membiru.
Kesibukan menyelenggarakan ceramah keislaman di masjid betul2
meletihkan.
Suasana hening dan damai kerana di flat kediamannya ramai penghuni
masih belum balik dari kerja
Dari balik dinding sayup-sayup terdengar perbualan jirannya seorang Ibu
tua dengan anaknya.
Anak : Ibu..
Ibu : Hmmm ?
Anak : BU !
Ibu : APA ?
Anak : Mmm, anu ... tadi saya ke masjid dengar ceramah.. Ibu dengarlah
ni !
Ibu : IYA ! Ibu dengar. Cakap ajalah. Kan ibu tengah sibuk memasuk kan
benang kejarum ni.
Susah pulak rasanya. Agaknya mata ibu sudah nak rabun...
Anak : Bu !
Ibu : Apa dia ? cakap ajelah, Yang ?
Anak : Tadi, di masjid seorang ustaz bercerita soal jilbab. Katanya
pakai
jilbab itu wajib. Ibu, Mulai sekarang saya mau pakai jilbab. Boleh tak
Bu..?
Ibu : Jangan ....
Pemuda dari balik dinding makin menajamkan perhatian pendengarannya.
Anak : Tapi tu perintah Allah. Kalau tidak patuh kita berdosa, Bu.Boleh
ya,
saya mau pakai jilbab ?
Ibu : Kan ibu kata JANGAN ...
Anak : Tapi bu.. bukan lebih baik saya memakai jilbab kerana kerana kita
orang islam dan sudah tentu dapat menjaga maruah dan harga diri saya..
betul
tak bu...? Bolehlah bu..
Ibu : TIDAK !
Anak : Kenapa ? Atau ibu terpengaruh sama cerita bohong pasal memakai
jilbab
? Kata Ustaz, jilbab itu bukan budaya Arab. Itu Syariat Islam. Islam
yang
sebenar bukan adat. Dari dulu memang diwajibkan demikian, bukan trend
baru-baru ini aja.
Ibu : Iya, iya Ibu faham tu. Tapi ibu kata JANGAN !
Anak : Jadi Ibu melarang saya nih... Bu, mau tak mau saya tetap akan
pakai
jilbab. Terserah Ibu nak kata apa. Tak perlu taat pada orang tua,kalau
orang
tua itu menyuruh maksiat pada perintah Allah.
Ibu : Kamu tak faham-faham lagi ke?. Ibu kata jangan, jangan,
JANGAN !!!
Anak : WALAU APAPUN JADI BESOK SAYA TETAP PAKAI JILBAB. MUKTAMAD!
Ibu : JANGAN !
Anak : JILBAB !
Ibu : JANGAN !
Anak : JILBAB !!
Ibu : J A N G A N !!!
Anak : J I L B A A A A A A B !!!!
Pemuda tadi sudah tidak dapat menahan keinginannya. Ia terus keluar
bilik
untuk bertemu ibu dan anak itu untuk membela si anak agar si ibu
bersetuju
dengan kemahuan si anak. Tangannya sudah terangkat di depan pintu untuk
mengetuk ....
namun terdengar lagi kata-kata dari si ibu ...
Ibu : KAMU NI BUDIN, IBU KATA JANGAN.. JANGANLAH! KAMU KAN LAKI-
LAKI.....
Pemuda, Si jiran sebelah pun berlalu ..dengan langkah yang longlai
(“atan atan" <atan59@t...)
Posted at 03:13 am by zaytuna
Permalink
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
|
 |